BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label children. Show all posts
Showing posts with label children. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

095 WW#17


mereka kini berempat=FAREEZ SHASHA SARA QASEH

Jom Register HeartBeat.Boleh Beli Customize Souvenir Murah2

Friday, May 18, 2012

085 Happy 3rd Birthday Putri Nur Farisha Fareeza

shot di petang terakhir berumur 2tahun

moga shasha dikurniakan Allah kesihatan,kebijaksanaan,rezeki etc. yg baik2 insyaallah. jadi hamba Allah,anak,adik,kakak,cucu,sahabat,pelajar yang baik ok.kita enjoy till u're 7years young then it's belajar time ok.luv u so very much


Jom Register HeartBeat.Boleh Beli Customize Souvenir Murah2

Wednesday, April 18, 2012

077 WW#14

macam nak same je gaya posing 2 beradik ni




Jom Register HeartBeat.Boleh Beli Customize Souvenir Murah2

Thursday, April 12, 2012

075 hepi 1st befday putri nur qistina qaisara


selamat hari lahir sayang. moga dirahmati Allah selalu. b a good gurl okies. luv u

Jom Register HeartBeat.Boleh Beli Customize Souvenir Murah2

Tuesday, February 28, 2012

061 mendidik anak dari perspektif Islam

secebis ilmu buat ibu bapa di luar sana dan diri sendiri

Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Jom Register HeartBeat.Boleh Beli Customize Souvenir Murah2

Monday, February 27, 2012

060 Pesanan dari abah allahyarham Faris Nur Daniel

Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl, ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...

Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she doe...s that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.

Jom Register HeartBeat.Boleh Beli Customize Souvenir Murah2

Thursday, February 23, 2012

058 tenanglah adik Faris Nur Daniel di sana

selepas 23 hari bertarung dengan HLH, sejenis barah darah, adik Faris menghembuskan nafas terakhir di SDMC pagi ini. allahyarham telah selamat disemadikan di tanah perkuburan meru, klang petang tadi.

moga keluarga adik faris terus kuat untuk meneruskan hari- hari yang mendatang. Al- Fatihah

Jom Register HeartBeat.Boleh Beli Customize Souvenir Murah2