BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 12, 2011

014 Jepun Dilanda Gempa Bumi & Tsunami

semalam dunia dikejutkan dengan berita jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 skala richter. boleh dikatakan semua slot berita di tv cover kejadian bencana alam ni. yelah kan ni gempa yg terburuk pernah dialami jepun sejak 140 tahun. lepas tu daerah sendai, jepun n few other area(correct me if i'm wrong) dibadai tsunami setinggi 10m. beberapa negara berdekatan pun turut mengeluarkan amaran tsunami sebagai langkah berjaga-jaga. even kawasan berdekatan pantai di sabah pun turut diawasi between 6pm-12am semalam. lagipun semalam beberapa negeri di malaysia mengalami hujan yg agak lebat. memang kita x dapat menghalang apa yg Allah turunkan but at least kita dlm keadaan yg bersedia.

moga malaysia sentiasa di bawah lindungan Allah.tak sanggup rasa hati ni nak menghadapi semua tu. tgk gambar aftermath tu pun dah rasa takut n sedih. tak sanggup rasanya nak kehilangan my kesayangans. tp tu sume ketentuan Allah. kita sebagai khalifah haruslah mentadbir bumi ni dgn berhemah dah bersyukur dgn ape yg kita ada. mmg kdg2 bila ujan berhari2 or musim panas kering berlaku, mesti ada di antara kita yg bersungut. aku pun mcm tu jugak. tp bila fikir balik, at least panas n hujan tu lebih baik dr yg lain2. pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian.

nota kaki 1: syukur kerana masih diberi peluang to be here
nota kaki 2: let's pray for japan. moga mereka bertabah hati
nota kaki 3: jgn tanya mane ultraman, mana gaban. x baik ok

Jom Register HeartBeat.Boleh Beli Customize Souvenir Murah2

0 comments: